Itu aku , Nadia
Sebetulnya, ini merupakan kali pertama ku menulis blog. :)
Aku, Nadia Najwa binti Mohamed Rashidi. Dilahirkan di muka bumi Allah ini pada 30.Mei.1991 di sebuah Hospital Besar Perlis. Perlis? Yes. Aku dilahirkan di sana. Ic aku 09. Sebab ayahku seorang askar. Jadi kehidupan kami boleh dikatakan macam nomad. Macam-macam negeri pernah aku tinggal. Boleh dikatakan aku ni kerap bertukar sekolah kerana mengikut keluargaku. So, aku ni susah nak lekat kawan sebab kuat pindah :)
Aku merupakan anak kedua empat orang adik beradik yang darahnya kami sama. Sayang sungguh pada mereka. Wah, kakak ku Anis Sofia, adik perempuanku Nurlis Lydia dan hero kecilku Reifly Hakim.
Sebenarnya, aku dan all siblings aku telah dibesarkan oleh ibu ku, Husmarita Binti Hussain. Wanita tabah selaku Catwomen pada diri ku serta siblingku. Ibu, merupakan ibu tunggal yang gigih membesarkan anak-anaknya di kota besar ni, iaitu Kuala Lumpur. Selain itu, aku telah dijaga baik oleh seorang wanita yang paling penyayang di dalam dunia ni iaitu Rugayah Binti Mat iaitu nenekku yang tercintaaa ! Merekalah penyeri hidupku sampai sekarang dan sampai ke syurga . Amin.
Berbalik pada diri ku, Nadia Najwa. Aku sangat tertarik pada benda yang indah, cantik, cute, boleh dikatakan suka pada yang cantik-cantik. Mungkin ini merupakan kurnian Allah pada aku. Aku bersyukur. Sebab aku ni boleh dikatakan dah macam Karl Lagerfeld pada keluargaku serta rakanku. Cewah ! Sebab aku sangat intoooo FASHION. Yes , that's me !
Itu je la kot , tentang aku , Nadia. Nanti nak tahu lebih kena tulis lg :) LOVE
*Actlly, aku sangat blank sekarang ni , sorrryy
No comments:
Post a Comment