Nadia :)

Nadia :)
Everywhere

Monday, 6 June 2011

Class Sinografi :)

Apa yang aku faham dengan subject aku untuk semester akhir di Uitm ni ? Subject Sinografi.


Biar aku terangkan , setelah berpenat lelah mencari dan cuba mendalaminya :


Rekabentuk, rekacipta, rekaan artistik, latarhias, tatahias, tatacahaya, seni rupa, kostum; banyak lagi penamaan dan terminologi muncul dalam arena seni persembahan untuk menerangkan rekaan visual yang dapat dilihat dalam produksi seni persembahan seperti teater, tari, muzikal dan muzik. Di antara terminologi yang ada, sinografi adalah merupakan terminologi yang tepat untuk digunakan sebagai mewakili keseluruhan bentuk seni visual yang dapat dilihat dalam sesebuah produksi ini iaitu rekaan pentas dan kostum, pencahayaan, susunatur ruang lakon, penggunaan ruang untuk aktor termasuklah persekitaran rekabentuk dalaman sesebuah panggung: apa saja kesan visual yang dapat dilihat di dalam panggung tersebut.



Kepentingan sinografi boleh dianggap sama setara dengan teks: bila dialog mencipta seni percakapan dan tingkahlaku di pentas, sinografi mencipta seni visualnya. Sinografi mengingatkan bahawa perkataan yang lahir dari sesebuah teks tidah cukup untuk menghuraikan dengan sempurna makan sesebuah persembahan.

Terminologi ini sudah digunakan di Benua Eropah dan Amerika sejak tahun 1800 lagi. Sejak kewujudan teater di zaman Greek dan seterusnya, ke zaman Renaisance pakar sinografi telah berlumba-lumba merekacipta visual untuk memantapkan sesebuah pementasan teater. Konsep sinografi secara keseluruhannya belum pernah diaplikasikan kepada dunia seni persembahan di Malaysia, justeru itu projek ini ingin mengorak langkah sebagai projek perintis memperkenalkan sinografi sebagai satu elemen yang penting dalam penerbitan sesebuah persembahan.

Projek ini akan menekankan disiplin sinografi seperti kajian terhadap ruang, naskah (skrip), dramaturgi, warna dan komposisi, pengarahan, aktor serta khalayak (audien) dengan menggunakan teknik dari naskah ke ruang. Projek ini ingin menguji sejauhmana berkesannya sinografi dalam sesebuah pementasan teater, adakah elemen-elemen sinografi ini boleh membantu penerbitan sesebuah produksi teater di negara ini.





* Itu lah je la kot yang aku faham tentang subject ini. Tapi, apa pasti subject ni sangat menarik. Dan insyAllah aku akan bersungguh-sungguh di dalam subject ini . Aminnn :) Kawan-kawan, jika terkurang pape jangan lupe ajar saya dan memperbetulkan saya. Terima kasih ;)

Itu aku , Nadia.

Itu aku , Nadia

Sebetulnya, ini merupakan kali pertama ku menulis blog. :)

Aku, Nadia Najwa binti Mohamed Rashidi. Dilahirkan di muka bumi Allah ini pada 30.Mei.1991 di sebuah Hospital Besar Perlis. Perlis? Yes. Aku dilahirkan di sana. Ic aku 09. Sebab ayahku seorang askar. Jadi kehidupan kami boleh dikatakan macam nomad. Macam-macam negeri pernah aku tinggal. Boleh dikatakan aku ni kerap bertukar sekolah kerana mengikut keluargaku. So, aku ni susah nak lekat kawan sebab kuat pindah :)

Aku merupakan anak kedua empat orang adik beradik yang darahnya kami sama. Sayang sungguh pada mereka. Wah, kakak ku Anis Sofia, adik perempuanku Nurlis Lydia dan hero kecilku Reifly Hakim.
Sebenarnya, aku dan all siblings aku telah dibesarkan oleh ibu ku, Husmarita Binti Hussain. Wanita tabah selaku Catwomen pada diri ku serta siblingku. Ibu, merupakan ibu tunggal yang gigih membesarkan anak-anaknya di kota besar ni, iaitu Kuala Lumpur. Selain itu, aku telah dijaga baik oleh seorang wanita yang paling penyayang di dalam dunia ni iaitu Rugayah Binti Mat iaitu nenekku yang tercintaaa ! Merekalah penyeri hidupku sampai sekarang dan sampai ke syurga . Amin.

Berbalik pada diri ku, Nadia Najwa. Aku sangat tertarik pada benda yang indah, cantik, cute, boleh dikatakan suka pada yang cantik-cantik. Mungkin ini merupakan kurnian Allah pada aku. Aku bersyukur. Sebab aku ni boleh dikatakan dah macam Karl Lagerfeld pada keluargaku serta rakanku. Cewah ! Sebab aku sangat intoooo FASHION. Yes , that's me !

Itu je la kot , tentang aku , Nadia. Nanti nak tahu lebih kena tulis lg :) LOVE



*Actlly, aku sangat blank sekarang ni , sorrryy